About CN

Dengan Lafaz Bismillahirrahmanirrahim… Cikgunakal berbicara dengan jemari yang bersambung darahnya dengan otak tentang apa sahaja. Bukan menunjuk pandai atau sesekali mengubah dunia. Hanya menjiwai watak sebagai insan yang berlakon untuk mengisi kekosongan yang sangat takjub di sisi cermin usia. Berbuat tulis dengan tekanan jemari menongkah akliah dengan bebas agar kesatuan kehidupan dapat berhimpun menakluki anugerah tuhan yang maha segala-galanya. Orang besar jiwa lara, orang kerdil jiwa terbuka menghimpit nafas agar tidak leka menyebut namanya. Buka minda, buka jiwa, buka hati… Sayalah cikgu yang mahu menyemai kehidupan dengan urat dan segumpal darah merah jambu terisi serebrum dan sereblum bernama akal. cikgu & akal.com.

MindaNakal - Berkongsi kisah yang berlaku secara umum, motivasi, kekeluargaan, berita kontemporari, teknologi, sejarah, autobiografi dan pelbagai lagi.

CintaNakal - berkongsi tentang kisah cinta, motivasi, psikologi, suami isteri, kekasih, rahsia lelaki dan rahsia wanita.

Teknik belajar – Bagaimana belajar tentang sesuatu perkara. Sama ada di sekolah, di bengkel, di padang, lapangan atau di mana-mana sekali pun ia berkisarkan teknik dan belajar atau belajar dan teknik-tekniknya ;

Shop CN - Merupakan perniagaan kecil-kecilan dalam ruangan blog ini di samping menulis dan berfikir.

Yang tidak nakal,

Read More